Lokasi Dan Makanan Pilihan Saya Di Kuala Kangsar
Kebiasaannya saya akan ke Kuala Kangsar selang seminggu untuk tujuan kerja. Oleh kerana di atas tujuan bekerja, tentang makanan, selalunya kita tidak banyak “songeh”. Asalkan tidak perlu menunggu terlalu lama dan tempat makan pula selesa, mungkin sudah memadai.
Satu lagi faktor, berhampiran atau tidak terlalu jauh yang memerlukan kita memandu sehingga 15 minit hanya kerana nak makan mengisi perut yang sedang lapar.
Faktor ekstra atau bonus adalah sedap. Jika memenuhi faktor di atas dan ditambah oleh faktor sedap, ini bermakna ia adalah tempat makan terbaik.
Terbaik bagi mereka yang berada di dalam keadaan seperti saya.
Apa atau di mana tempat makan yang memenuhi syarat tempat makan terbaik tersebut, di Kuala Kangsar?
Sarapan / Makan Tengah Hari
Lokasi pilihan saya adalah Warung Eedaman bagi Kuey Teaw Kari / Mihun Kari terbaik di Kuala Kangsar.
Minum Petang
Untuk makanan time minum petang terutama berkaitan laksa, Laksa Telaga adalah pilihan untuk laksa terutama yang cenderung kepada laksa licin (laksa biasa yang berwarna putih, mungkin menggunakan tepung beras). Walaupun mereka mempunyai banyak menu tetapi saya ke Laksa Telaga hanyalah untuk laksa terbaik di Kuala Kangsar.
Makan Malam
Untuk makan malam pula, saya mempunyai 3 tempat sasaran untuk makan malam terbaik pilihan saya.
Java Spice – ini adalah tempat terbaik untuk Ayam Penyet. Selain Ayam Penyet, ada pelbagai menu lagi termasuklah Ayam Geprek. Bagaimanapun, secara peribadi, saya hanya akan memesan Ayam Penyet setiap kali ke Java Spice, tanpa gagal.
Char Kuey Teaw Stesen Teksi Kuala Kangsar – kalau anda peminat Char Kuey Teaw, ini adalah lokasi wajib anda cuba. Biasanya saya akan berada beberapa hari di Kuala Kangsar. Jika saya memilih untuk tidak makan nasi untuk malam tersebut, saya akan ke sini untuk Char Kuey Teaw yang sentiasa memuaskan hati.
Port Chor – ini pula sekiranya saya ingin mencari makanan western. Jika ke sini, saya akan memesan Chicken Chop Grill. Setakat ini tiada komen tetapi sekadar pujian bagi rasa yang boleh dinikmati pada harga yang amat murah.
- Lokasi Dan Makanan Pilihan Saya Di Kuala Kangsar
maleion
17/06/2025 at 1:05 amSaya pun bersetuju dengan bro punya picks ni